alternative

Membakut pada tahun 1970-an

Membakut telah diisytihar menjadi Daerah Kecil pada tahun 1977. Manakala Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut seperti gambar di atas telah siap dibina pada tahun 1978.

alternative

Setelah diisytihar sebagai daerah kecil, Daerah Kecil Membakut telah dirasmikan oleh Tan Sri Harris Salleh pada 28 Oktober 1979 . Sebuah monumen telah diletakkan di perkarangan Bangunan Pejabat Daerah Membakut sehingga kini.

alternative

Warta bertarikh 09 Februari 2023 telah mengisytiharkan bahawa Membakut telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh sejak 30 Mac 2022. Majlis Pelancaran Daerah Membakut telah diadakan 14 Oktober 2023 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Dengan penarafan sebagai Daerah Penuh, maka keluasan kawasan yang dahulunya hanya 132.8 km persegi telah bertambah ke 1,480 km persegi. Untuk pesempadanan daerah, Daerah Membakut meliputi kawasan Lumat hingga ke Kayau. Sumber : Jabatan Tanah Ukur Beaufort